Followers

Friday, January 8, 2010

Alhamdullillah Dah Masuk PISMP


Gambar 2009- Jamuan Hari Raya di Sungai Buloh ( Mentor Kami, Tn Hj Habib Wagiman)
p/s- Tahun 2010 nak lagi....hehe


Gambar 2009- Semangat Kami Sebagai Satu Pasukan



Gambar 2009- Menjuarai Pertandingan Choral Speaking "Rahman Mior and Judy Yeh"




Assalamualaikum teman- teman perjuangan sekalian. Alhamdullilah setelah setahun setengah bertungkus lumus semasa alam foundation kita semua lulus untuk menempuh alam degree yang semakin mencabar. Umum mengetahui bahawa alam degree ini merupakan tapak baru untuk kita mendalami pelbagai ilmu bagi memantapkan lagi diri kita bagi menjadi seorang pendidik yang berjaya kelak.

Disini saya selaku moderator terlebih dahulu ingin memohon maaf kepada semua teman-teman kerana tidak dapat menulis bagi blog ini dengan durasi waktu yang begitu lama kerana mempunyai sedikit masalah teknikal. Namun, syukur di ucapkan kerana masalah itu telah selesai dan malam ini dapatlah tulisan mengenai aktiviti PISMP Kajian Sosial dapat di post kan buat tatapan umum.

Berkisar tahun 2009, belum terlambat lagi untuk kita semua mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2009 dan mengucapkan selamat datang kepada 2010. Saya selaku moderator mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami yang telah banyak memberi tunjuk ajar ketika kami berada pada alam foundation dan kami berjanji akan berusaha sebaik mungkin semasa berada pada tingkat pertama dalam hidup kami iaitu alam degree yang telah lama di nanti-nanti oleh kami dan ibu bapa kami serta tidak dilupakan saat yang cukup dinantikan oleh pensyarah kami juga.

Pelbagai aktiviti telah kami lakukan ketika tahun 2009 yang begitu manis bagi untuk dilupakan. Saya sertakan gambar-gambar kenangan pada tahun 2009 buat semua yang begitu merindui saat tersebut dan yang paling gembira lagi kita semua dapat meneruskan pengajian kita di peringkat ijazah di IPGM KBA yang disayangi. Tentu rakan-rakan semua sedih jika terpaksa tukar IP
G kan..hehe..

Ok..setakat disini sahaja entri buat kali ini..Insyaallah entri seterusnya akan menyusul...wassalam



No comments: