Followers

Friday, January 8, 2010

Sekitar Orientasi PISMP KS 2010

Gambar- Pagi sebelum pendaftaran

Gambar- Pelajar Kajian Sosial Tahun Satu


Gambar- Wajah ceria masuk degree ^^


Gambar - Pagi ketika pendaftaran di Main Hall

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia

Beberapa hari yang lepas kita semua telah menempuh orientasi di Main Hall. Terima Kasih diucapkan kepada barisan MPP yang bertugas yang telah bertungkus lumus bagi memastikan pelancaran ketika hari pendaftaran tersebut. Tidak lupa juga diucapkan buat pensyarah Hal Ehwal Pelajar yang banyak memberikan pelbagai info menarik kepada kami sepanjang taklimat yang berlangsung. Kami juga berasa cukup bertuah pada hari tersebut kerana mendapat input berguna ketika menghadiri Ceramah Sempana Maal Hijrah telah memberikan kami semangat yang kuat bagi meneruskan keiltizman islam di dalam hati sanubari kami . Selain itu kami juga telah membayar wang pendaftran sebanyak RM 20.00 sebagai insuran..hehe..

Kami juga sempat berkenalan dengan senior-senior daripada luar negara,terutamanya daripada Marjon, QUT, dan Maquarie University. Walaupun tidak pernah bertemu sebelum ini, namun kami telah berjaya membentuk satu ukhuwah yang jitu bersama-sama golongan senior kami dan telah bertukar-tukar pendapat dalam sesi LDK yang telah dihadiri oleh kami.


Sepanjang orientasi tersebut juga, tiga serikandi daripada Kajian Sosial telah beradu tenaga dalam persembahan sajak yang di deklamasikan oleh Nur Izrin Farah Hani, Nur Syakilawani dan Saidatul Nadzrah. Syabas diucapkan buat kalian semua.


Sampai disini sahaja entri buat kali ini. Bertemu pada entri akan datang pula. Wassalam.

No comments: